Sukan Asia: Pasukan Boling Lelaki Teratas Selepas Blok Pertama - Sukan | mStar

Sukan Asia: Pasukan Boling Lelaki Teratas Selepas Blok Pertama

Diterbitkan: Ahad, 21 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Pasukan boling lelaki Malaysia mempersembahkan permainan memberangsangkan dalam acara berpasukan lelaki temasya Sukan Asia ke-16 yang berlangsung di Dewan Boling Tianhe, di sini, Ahad.

Pasukan itu terdiri daripada Adrian Ang, Muhamad Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Alex Liew, Muhd Nur Aiman Khairuddin dan Aaron Kong mengumpul 3,355 jatuhan untuk menduduki tempat teratas selepas tiga permainan.

Ketinggalan 99 pin, pasukan Qatar dengan 3,256 jatuhan pin menduduki tempat kedua manakala pasukan Jepun di tempat ketiga dengan 3,239 jatuhan pin.

"Kami berada dalam keadaan baik sekarang ini. Harap-harap, pencapaian ini akan memberikan semangat yang kami perlukan untuk tiga permainan esok. Walaupun ada di antara pemain yang berasa agak kecewa, kami dalam pasukan berusaha memberikan mereka semangat dan mengingatkan mereka supaya tidak berputus asa.

"Sasaran utama kami adalah acara berpasukan, oleh itu harapan kami adalah untuk memperoleh pingat emas," kata pemain berpengalaman Alex Liew.

Selepas acara tiga permainan blok pertama hari ini, Alex berjaya meningkatkan saingan dalam kedudukan all-events lelaki.

Beliau pada masa ini berada di tempat ketiga dengan 4,756 jatuhan pin mengekori dua pemain Korea Selatan, Choi Yong Kyu dan Choi Bok Eum.

Rakan senegara, Aaron juga berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok acara all-events dan Masters selepas menduduki tempat kelima hari ini dengan 4,664 jatuhan pin.

"Mereka melaksanakan tugas dengan amat baik. Mereka menjanjikan bahawa pasukan boling Malaysia akan berusaha memperoleh kemenangan (dengan meraih pingat emas).

"Pasukan ini, mereka pilih sendiri pemain bagi acara berpasukan. Saya tidak meletakkan tekanan ke atas mereka kerana acara ini baru berlangsung separuh jalan.

Melihat kepada prestasi mereka, mereka berupaya untuk menang," kata jurulatih negara Holloway Cheah. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan