Pemain Ragbi Malaysia Diuji Positif Kanabis

Diterbitkan: Sabtu, 20 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang pemain ragbi Malaysia yang menyertai Sukan Komanwel New Delhi di India yang baru saja selesai, diuji positif dadah terlarang, kata seorang pegawai kanan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).

Pemain itu, anggota pasukan ragbi tujuh pemain Malaysia, diuji positif kanabis - dadah yang dilarang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

"Kanabis ditemui dalam contoh air kencingnya dan beliau tersingkir dari Sukan Komanwel.

"Kami telah merujuk perkara itu kepada Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB). Beliau tidak menyertai Sukan Asia (sekarang)," kata Tan Sri Dr Mani Jegathesan, penasihat kehormat perubatan kepada CGF kepada media tempatan di New Delhi dalam interbiu menerusi telefon hari ini.

Menurut laporan media sebelum ini, pemain itu menerima hasil siasatan berkenaan malah tidak mahu seterusnya menjalani ujian sampel "B".

Ketika IRB yang berpejabat di Ireland dihubungi, seorang pegawai memberitahu Bernama: "Proses itu masih terbuka, kami tidak boleh komen mengenainya."

Pemain Malaysia itu adalah atlet keenam yang dikesan mengambil dadah di CWG ke-19 Oktober lepas. Pasukan ragbi Malaysia mempamerkan prestasi lemah dan tewas dalam semua empat perlawanan di sukan itu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan