Sukan Asia: Malaysia Terlepas Peluang Kalahkan Korea Selatan Dalam Acara Hoki

Diterbitkan: Jumaat, 19 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Gol penyamaan pada saat akhir oleh Korea Selatan menafikan Malaysia daripada meraih kemenangan kedua setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam pusingan awal perlawanan Kumpulan A Hoki Lelaki pada Sukan Asia ke-16 yang berlangsung di Pusat Sukan Tianhe di sini Khamis.

Selepas mendahului 2-1, kealpaan benteng pertahanan Malaysia dihukum apabila Seo Jongho yang berlari secara solo, menewaskan penjaga gol S.Kumar, lima minit sebelum wisel penamat.

Juara bertahan daripada edisi Sukan Asia Doha empat tahun lepas itu memulakan jaringan menerusi Yoon Sunghoon pada minit ke-14 sebelum Azlan Misron menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.

Hafifihafiz Hanafi meletakkan Malaysia sebagai pendahulu pada minit ke-48 apabila gol padang hasil hantaran daripada Azlan, berjaya membolosi gawang lawan.

Ketika Malaysia memperlahankan rentak permainan, serangan pantas daripada Korea Selatan membuahkan hasil apabila mereka memperoleh gol penyamaan menerusi Seo Jongho.

Dalam pertemuan mereka sebelum ini, kedua-dua pasukan seri 1-1 pada Kejohanan Hoki Piala Azlan Shah, yang diadakan di Ipoh, Perak pada Mei lepas.

Tuan rumah, China mendahului Kumpulan A, diikuti Korea Selatan dan Malaysia.

Pesaing lain adalah Oman dan Singapura.

Dalam perlawanan itu, Malaysia mengalahkan Singapura 3-0.

Jurulatih Malaysia Stephen Van Huizen berkata beliau agak kecewa dengan gol di saat akhir itu kerana anak buahnya mempunyai peluang untuk menang.

"Keputusannya seri dan kami masih belum melangkah ke separuh akhir. Saya perlu menonton perlawanan antara Korea Selatan dan China esok dan kita tengoklah peluang apabila bertemu tuan rumah Ahad ini," katanya.

MALAYSIA: S.Kumar, Baljit Charun Singh, Hafifihafiz Hanafi, Muhamd Amin Rahim, Mohd Madzli Ikmar, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Nabil Fiqri Mohd Noor, Muhamad Shukri Abdul Mutalib, Muhamad Razie Abd Rahim, Azlan Misrom, Mohd Shahrun Abdullah. KOREA SELATAN: Lee Hyungho, Lee Seungil, Lee Nam Yong, Seo Jungho, Yoon Sunghoon, You Hyosik, Yeo Woon Kon, Hyun Hyesung, Kang Moonkyu, Hong Eunseong, Jang Jonghyun. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan