suria

Emenalo Ganti Posisi Wilkins di Stamford Bridge

CHELSEA menawarkan Michael Emenalo untuk mengisi jawatan selaku pembantu jurulatih skuad utama selepas tiga tahun bertugas sebagai ketua pemerhati bakat muda di Stamford Bridge.

Emenalo menyertai juara Liga Perdana Inggeris (BPL) pada Oktober 2007.

Chelsea berkata pelantikan beliau dibuat selepas mengambil kira pengorbanannya terhadap kelab itu selama ini.

Bekas pemain pertahanan Nigeria itu akan terus memantau bakat baru di samping membantu Pengurus Carlo Ancelotti, menurut laporan dalam laman web Chelsea.

Bekas pembantu pengurus Chelsea, Ray Wilkins meninggalkan The Blues minggu lalu selepas dua tahun bekerjasama dengan Luiz Felipe Scolari dan Ancelotti di Stamford Bridge.

Wilkins dimaklumkan bahawa kontraknya tidak diperbaharui walaupun beliau memainkan peranan penting dalam membantu Ancelotti membentuk skuad cemerlang musim lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain