Mohd Azizulhasni, Josiah Raih Emas Dan Perak Dari Acara Keirin Sukan Asia

Diterbitkan: Khamis, 18 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Dua pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Josiah Ng meraih kemenangan satu-dua, selepas merangkul pingat emas dan perak dalam acara Keirin Lelaki akhir yang berlangsung di Velodrom Guangzhou, di sini pada Rabu.

Dalam acara lapan pusingan di trek sepanjang 250 meter itu, Mohd Azizulhasni mengetuai tujuh pelumba lain pada empat pusingan awal sebelum pelumba China, Zhang Lei menjadi pendahulu.

Namun kemalangan yang melibatkan Zhang Lei dan pelumba Iran, Mohamad Parash membolehkan Mohd Azizulhasni kembali mendahului, diikuti rapat oleh Josiah dan seorang lagi pelumba tuan rumah yang juga adik Zhang Lei iaitu Zhang Miao.

Pada pusingan akhir, kedua-dua pelumba Malaysia itu tidak memberi ruang kepada Zhang Miao untuk memotong mereka bagi mengesahkan kemenangan satu-dua kepada Malaysia, sementara pelumba China itu mendapat gangsa.

Kemenangan itu juga membolehkan pelumba negara mengetepikan pelumba keirin nombor satu Asia dari Jepun, Kazunari Watanabe yang mendapat tempat ke-empat.

Kazunari bagaimanapun berlumba seorang diri hari ini tanpa rakan sepasukan untuk membantu.

Dalam acara terdahulu, Mohd Azizulhasni sekadar mendapat tempat ke empat dalam penentuan pingat gangsa untuk acara Pecut 200m lelaki.

Dia yang bersaingan dengan pelumba Jepun, Nitta Yudai tewas dalam kedua-dua saringan, setiap satu tiga pusingan, dalam penentuan pingat gangsa.

"Saya tersilap taktik dengan mengejar Nitta dari awal dan gagal melakukan henjutan pada pusingan akhir," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam satu lagi acara yang melibatkan pelumba negara, Muhamad Adiq Hussaine Othman terlepas peluang mendapat gangsa apabila menduduki tempat ke empat dalam acara Perlumbaan Mata (Lelaki).

Berada di kelompok utama lima pelumba dalam perlumbaan 120 pusingan atau 30km yang melibatkan keseluruhan 24 pelumba, Muhamad Adiq terpisah jauh bersama rakan sepasukan, Amir Mustafa Rusli.

Tanpa bantuan Amir Mustafa, Muhamad Adiq tersepit di antara pemenang pingat emas dari Uzbekistan, Vladimir Tuychiev, pelumba Hong Kong, Wong Kam Po (perak), dan pelumba Iran, Mehdi Sohrabi (gangsa).

Tuychiev mengumpul 71 mata, Kam Po (60), Mehdi (60) dan Muhamad Adiq (56).

"Saya yakin henjutan di beberapa pusingan akhir mampu mengatasi pelumba Iran itu jika mendapat bantuan rakan sepasukan. Ini kerana Mehdi Sohrabi mendapat bantuan yang baik dari rakan sepasukannya Abbas Saeiditanha dari awal perlumbaan," katanya.

Acara berbasikal trek yang bermula pada Sabtu lepas, menutup tirainya hari ini dan acara berbasikal lebuhraya akan bermula pada Sabtu sehingga Selasa ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan