Hari Yang Mengecewakan Bagi Pasukan Boling Negara

Diterbitkan: Rabu, 17 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Pasukan boling Malaysia sekali lagi beraksi hambar dan mengecewakan pada hari kedua acara boling temasya Sukan Asia ke-16, di sini, Selasa.

Selepas aksi mengecewakan pasukan boling lelaki semalam, skuad boling wanita yang beraksi hari ini gagal melakukan sebarang impak dalam pertandingan perseorangan wanita.

Sharon Koh merupakan pemain terbaik Malaysia pada pertandingan hari ini apabila berupaya memberikan aksi terbaik meskipun hilang peluang untuk merebut pingat emas dalam saingan permainan terakhirnya (permainan keenam).

Beliau berkata menduduki tempat kelima selepas melakukan 1,318 jatuhan pin, 66 pin ketinggalan di belakang pemenang pingat emas, Sun Ok Hwang dari Korea Selatan.

"Secara keseluruhannya, saya kecewa dengan prestasi mereka, terutamanya mereka yang kita jangkakan berupaya memberikan saingan. "Namun, para pemain yakin dan kita masih mempunyai peluang baik. Mereka sepatutnya kembali menyerlah dalam acara lain," kata jurulatih negara Holloway Cheah.

Pengurus pasukan boling negara, Cheah Ban Cheng turut melahirkan kekecewaan dengan aksi hambar para pemain, khususnys pada permainan sebelah pagi.

Bagi Sharon, apa yang dilaluinya hari ini "suatu keadaan yang dilihat begitu hampir, namun masih jauh", beliau perlu melakukan jatuhan 260 pin pada permainan keenam untuk meraih pingat emas.

"Sesungguhnya... saya amat kecewa. Saya langsung tidak melihat pada jumlah jatuhan pin. Kedudukan spare terakhir pada sebelah kanan agak sukar. Nasib tidak menyebelahi saya.

"Namun, saya tahu saya sudah memberikan aksi terbaik pada lima permainan terakhir. Saya tidak menjangkakan akan sebaik ini.

"Pakar teknikal kami, Rick Benoit, banyak membantu saya. Dia begitu cepat mengenal pasti masalah saya. Dia membimbing saya sepanjang permainan," katanya.

Zandra Aziela Ibrahim Hakimi menduduki tempat ke-19 dengan 1,182 jatuhan pin manakala Zatil Iman Abdul Ghani, yang julung kali beraksi, dan Sin Li Jane, menduduki tempat ke-20 dan ke-24 masing-masing dengan 1,180 dan 1,161 jatuhan pin.

Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan Asia Doha Asia, Esther Cheah menduduki tempat ke-36 dengan 1,136 jatuhan pin manakala Shalin Zulkifli berada di tempat ke-39 dengan 1,124 jatuhan pin. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan