Hari Tanpa Pingat Buat Kontinjen Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 17 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Kem Malaysia muram hari ini berikutan ketiadaan sebarang pingat dikutip oleh atlet negara pada hari kelima Sukan Asia edisi ke-16 yang berlangsung di sini sejak Jumaat lepas.

Selepas tamat semua acara yang melibatkan atlet negara, kontinjen Malaysia kekal dengan kutipan satu emas, satu perak dan tiga gangsa untuk menduduki tangga ke-10, carta kutipan pingat keseluruhan.

Tuan rumah China terus menguasai carta kutipan pingat dengan mengutip 75 emas, 25 perak dan 27 gangsa diikuti Korea Selatan (22, 17, 25) dan Jepun (15, 34, 28).

Suasana Hari Raya Korban yang disambut di sini, hari ini juga tidak terasa kecuali sebahagian kecil anggota kontinjen yang diketuai Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ketua kontinjen Datuk Zolkples Embong bersama umat Islam lain di Perkampungan Atlet mengerjakan solat sunat Aidiladha.

Beberapa atlet seperti Loh Jack Chang dari acara wushu, Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal), Sharon Koh, Esther Cheah dan Shalin Zulkifli (boling) yang diharap mampu menambah kutipan pingat negara, gagal berbuat demikian.

Loh Jack Chang yang menduduki ranking kedua terbaik Asia dalam acara Taijijian dan Taijiquan dan dijangka mampu mengutip emas, sekadar menduduki tangga kesembilan acara berkenaan.

Prestasi Mohd Azizulhasni dalam acara 200m pecut individu juga sedikit mengecewakan bila tewas dalam tiga saringan di separuh akhir kepada pelumba Jepun Kitatsuru Tsubasa dan akan berdepan seorang lagi pelumba negara Matahari Terbit, Nitta Yudai, dalam penentuan gangsa, esok.

Selain Mohd Azizulhasni, tiga lagi pelumba berbasikal trek negara beraksi baik dengan menempatkan diri dalam acara akhir masing-masing esok.

Josiah Ng dan Mohd Azizulhasni yang bersaing sesama sendiri dalam acara separuh akhir keirin, masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga dalam saringan separuh akhir hari ini.

Amir Mustafa Rusli dan Muhamad Adiq Husainie Othman mengesahkan tempat ke peringkat akhir selepas muncul 12 pelumba terbaik dalam saringan acara perlumbaan mata merangkumi 60 pusingan atau 15km.

Pada saringan pertama, Amir Mustafa menduduki tangga kedua di belakang pendahulu Jang Sunjae dari Korea Selatan manakala dalam saringan lain pula, Muhamad Adiq mendapat tempat keempat.

Acara sepak takraw berpasukan lelaki yang membuka tirai hari ini dilanda kontroversi selepas Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Guangzhou (GAGOC) memilih sendiri pengadil dan penjaga garisan yang merupakan warga negara mereka untuk mengadili perlawanan Malaysia menentang China.

Pasukan Malaysia memboikot tindakan GAGOC menyebabkan perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.30 pagi terlewat hampir sejam.

Namun isu lain pula timbul selepas itu bila regu kedua Malaysia yang dibarisi Mohd Futura Abdul Ghani, Mohamad Syazwan Husin dan Ariff Ramli tewas mengejut 21-23, 21-17, 14-16 kepada Ge Yuleng, Wang Jian dan Yang Jiapeng.

Pengurus pasukan Datuk Awang Sham Amit yang berang dengan kekalahan itu berkata berkata regu kedua negara tidak sepatutnya tewas kepada China yang bukannya tandingan pasukan negara.

"Jika tewas kepada Thailand, kita akur tetapi bukan kepada China yang terlalu baru dalam sukan ini," katanya.

Di gelanggang boling, hanya Sharon Koh yang menyerlah dalam acara wanita individu bila menduduki tangga kelima dengan jatuhan 1,318 pin, kurang 66 pin daripada pemenang pingat emas acara ini, Sun Ok Hwang dari Korea Selatan.

Zandra Aziela Ibrahim Hakimi menduduki tangga ke-19 dengan jatuhan 1,182 pin sementara Zatil Iman Abdul Ghani dan Sin Li Jane, sekadar menduduki tangga ke-20 dan 24 dengan jatuhan 1,180 and 1,161 pin.

Esok, hari keenam temasya, tumpuan pasti terarah kepada Velodrome Guangzhou di mana empat pelumba berbasikal trek akan bersaing di peringkat akhir.

Di Lapangan Sasar Aoti, dua penembak, Hasli Izwan Amir Hasan dan Hafiz Adzha akan bersaing dalam acara akhir 25m Standard Pistol Lelaki. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan