suria

Sukan Asia: Pemain Boling Negara Siap Sedia Bertempur

GUANGZHOU: Pemain boling negara meletakkan sasaran untuk meninggalkan impak pada temasya Sukan Asia ke-16 di sini, dan mereka berazam menghangatkan gelanggang perlawanan yang berlangsung di Tianhe Bowling Hall.

Pengurus pasukan boling tenpin Cheah Ban Cheng berkata semua pemain telah bersedia memberi cabaran terhebat mereka.

"Pemain telah menjalani sesi latihan dalam semua keadaan di venue pertandingan," katanya.

Pemain boling negara akan memulakan kempen dalam acara individu lelaki, yang dibahagikan kepada dua pasukan dan hanya satu pingat emas dipertandingkan Isnin.

Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Muhd Nur Aiman Khairuddin, yang melakukan kemunculan sulung dalam Sukan Asia, akan bermula di bahagian pertama manakala pemain senior Adrian Ang, Aaron Kong, Zulmazran Zulkifli dan Alex Liew akan beraksi kemudian pada sebelah petang dalam bahagian kedua.

Pada kejohanan Sukan Asia di Doha, Qatar pada 2006, skuad boling tenpin negara menyumbang tiga pingat emas daripada jumlah keseluruhan lapan pingat emas yang diraih Malaysia.

Kejohanan Sukan Asia ke-16 di Guangzhou menawarkan 12 pingat emas dalam acara boling. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain