suria

Sukan Asia: Wushu Sumbang Gangsa Hari Pertama

Tai Cheau Xuen berjaya meraih pingat gangsa dalam dua disiplin, iaitu Nandao dan Nanquan pada Sukan Asia, Sabtu.Foto:CHIN CHENG YEANG/ The Star (Guangzhou)
Tai Cheau Xuen berjaya meraih pingat gangsa dalam dua disiplin, iaitu Nandao dan Nanquan pada Sukan Asia, Sabtu.Foto:CHIN CHENG YEANG/ The Star (Guangzhou)
Tai Cheau Xuen berjaya meraih pingat gangsa dalam dua disiplin, iaitu Nandao dan Nanquan pada Sukan Asia, Sabtu.Foto:CHIN CHENG YEANG/ The Star (Guangzhou)

GUANGZHOU: Malaysia memperolehi pingat gangsa menerusi Tai Cheau Xuen dalam acara wushu Kejohanan ke-16 Sukan Asia yang berlangsung di Nansha Gymnasium, di sini Sabtu.

Atlet berumur 19 tahun dari Seremban itu mengumpulkan 18.86 mata dalam dua disiplin, iaitu Nandao dan Nanquan.

Dalam Nando, beliau mengutip 9.24 mata, manakala dalam Nanquan 9.62.

Atlet tuan rumah Lin Fan memenangi pingat emas selepas mengumpul 19.80 mata manakala atlet Indonesoa Irmanto Ivana Ardelia memperolehi pingat perak dengan 18.92 mata.

Seorang lagi atlet Malaysia yang diharapkan meraih pingat dalam acara ini, Diana Bong Siong Lin bagaimanapun terpaksa berpuas hati menduduki tempat kelima dengan 18.46 mata.

Dalam Sukan Asia di Doha, Qatar, empat tahun lalu, Diana menyumbang satu pingat gangsa dalam acara yang sama, tapi menerusi gabungan tiga disiplin, sedangkan di Guangzhou kini, Nanquan Wanita hanya menawarkan dua disiplin.

"Saya banyak belajar dari Diana, dia senior saya. Walaupun dia dilihat sebagai atlet yang disebut-sebut akan meraih pingat dalam acara ini, saya dapat menampilkan persembahan lebih baik kali ini nampaknya," katanya.

Terdahulu dalam disiplin Changquan lelaki, Ang Eng Chong menduduki tempat keenam selepas mengumpulkan 9.64 mata.

Atlet tuan rumah Yuan Xiaochao memenangi pingat emas dengan 9.78 mata, atlet Jepun Ichikizaki Dai memperolehi pingat perak, manakala pingat gangsa diraih oleh atlet Iran Peyghambari Ehsan dengan 9.70 mata.

Pengurus pasukan skuad Malaysia Chong Kim Fatt berkata keputusan itu menyaksikan harapan untuk memperolehi pingat emas menerusi Ang kini berkecai, dan kini harapan disandarkan kepada lain-lain anggota skuad.

Beliau berkata skuad negara mensasarkan untuk mendapat satu pingat emas dan satu perak dalam acara wushu di Guangzhou.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain