Tracie Mahu Beri Persembahan Terbaik Pada Penampilan Pertama Sukan Asia

Diterbitkan: Jumaat, 12 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Walaupun terpaksa beraksi bersendirian, Tracie Ang yakin mampu memberi saingan terbaik pada penampilan pertama beliau dalam Sukan Asia.

"Walaupun Malaysia tidak menghantar peserta dalam acara berpasukan, saya mahu mempamerkan persembahan terbaik saya di Sukan Asia Guangzhou," kata gimnas berusia 17 tahun itu kepada Bernama.

Beliau akan mengambil bahagian dalam semua acara aparatus individu dan berharap dapat memasuki pusingan akhir aparatus kegemarannya iaitu titian imbangan.

"Pencapaian terbaik saya tahun ini ialah mendapat tempat ketujuh acara titian imbangan ketika menyertai Kejohanan Gimnastik Dunia di Belgium, September lepas," katanya.

Secara individu, beliau melihat penyertaannya ke Sukan Asia Guangzhou bukanlah suatu tekanan kepada dirinya.

"Saingan sememangnya datang dari gimnas-gimnas tuan rumah. Begitu juga dengan Jepun dan Korea Selatan," kata pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Pada saingan individu keseluruhan di Sukan Komanwel New Delhi lepas, Tracie berjaya meraih kedudukan kesembilan daripada 24 peserta.

Sebagai persediaan bagi menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia, Tracie menjalani latihan di bawah bimbingan jurulatih dari Uzbekistan, Mikhail Gutsalyuk.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan