suria

Lotus Racing Buru Tempat Ke-10 Terbaik

PENGARAH Teknikal Lotus Racing, Mike Gascoyne berkata pasukannya sedang bersiap sedia melakukan cubaan terakhir di Abu Dhabi, hujung minggu ini dalam usaha meraih kedudukan ke-10 terbaik bagi kategori pengeluar pada kejuaraan dunia Formula Satu (F1).

Tempat ke-10 kini berada dalam genggaman Lotus Racing menjelang perlumbaan hujung minggu ini sekali gus meletakkan mereka di depan pencabar terdekat, Virgin dan Hispania.

Ekoran perancangan untuk membuka langkah lebih besar pada 2011, Lotus mahu menamatkan kempen musim ini dengan gemilang dan penuh bergaya.

"Menjelang perlumbaan terakhir, saya percaya kami akan mempamerkan pecutan terbaik. Kami boleh memberikan saingan sengit di litar Abu Dhabi dengan mengambil kira pengalaman dan pelaburan musim ini.

"Anda boleh melihat semangat Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli ketika di Brazil. Mereka berjaya mengetepikan cabaran Timo Glock hasil usaha keras pasukan. Kami yakin detik manis itu mampu berulang kembali," kata Gascoyne.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain