suria

City Gagal Lebur Rekod Tanpa Kalah United

Percubaan Javier Hernandez untuk membolosi gawang City berjaya disekat, pemain pertahanan Kolo Toure(kiri).
Percubaan Javier Hernandez untuk membolosi gawang City berjaya disekat, pemain pertahanan Kolo Toure(kiri).
Percubaan Javier Hernandez untuk membolosi gawang City berjaya disekat, pemain pertahanan Kolo Toure(kiri).

MANCHESTER: Pasukan yang bergelut dengan masalah kecederaan serius, Manchester United terikat seri 0-0 dengan jiran seterunya, Manchester City di Eastlands, awal pagi Khamis.

Keputusan seri itu meletakkan kedua-dua pasukan terus ketinggalan di belakang pendahulu, Chelsea yang kini mendahului dengan empat mata disusuli United di tempat kedua berbekalkan kemenangan 1-0 ke atas Fulham minggu lalu.

City pula menduduki tempat keempat, ketinggalan tujuh mata di belakang Chelsea.

"Sepanjang perlawanan itu, pemain tampak tertekan terutamanya di awal permainan. Saya percaya City sukar dijinakkan di gelanggang sendiri. Ia terbukti apabila kubu pertahanan mereka gagal dibolosi pada babak kedua. Mereka begitu berpengalaman dan sukar digugat," katanya.

Bekas penyerang United, Carlos Tevez nyaris memecah kebuntuan pada minit ke-39 tetapi sepakan percumanya berjaya diselamatkan penjaga gol Edwin van der Sar.

Memandangkan kedua-dua pasukan bersaing untuk merebut trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), mereka kurang melancarkan serangan dan gagal menemui penyudah berbisa sehingga tamat perlawanan.

Sekurang-kurangnya City berjaya mengelakkan diaibkan semula seperti tahun lalu yang memberi ruang kepada United untuk menjaringkan gol kemenangan pada saat akhir.

"Ia mata berharga untuk saya. Saya percaya kami semakin meningkat berbanding tahun lalu. Saya lebih gemarkan satu mata berbanding gagal mengutip sebarang mata seperti tahun lalu. Kami berusaha keras untuk menang dan hampir berjaya menyekat kemaraan lawan," ujar Mancini.

Rembatan Dimitar Berbatov pada minit ke-56 berjaya ditangkap kemas penjaga gol City, Joe Hart manakala percubaan pemain pertahanan Pablo Zabaleta tersasar.

Pemain gantian United, Wes Brown melorong bola kepada Berbatov pada awal babak kedua tetapi Hart pantas menepis percubaan itu.

Ryan Giggs terlepas pertemuan penting itu selepas terkena jangkitan virus dan penyerang Wayne Rooney masih belum cergas sepenuhnya kerana mengalami kecederaan buku lali.

BARISAN PEMAIN

UNITED: Van der Sar, Rafael, Ferdinand, Vidic, Evra, Fletcher, Scholes, Carrick, Nani, Berbatov, Park (Pemain gantian:Amos, Brown, Smalling, Hernandez, O'Shea, Obertan, Gibson.)

CITY: Hart, Boateng, K Toure, Kompany, Zabaleta, Y Toure, De Jong, Barry, Silva, Milner, Tevez (Pemain gantian: Given, Richards, Adebayor, Johnson, Kolarov, Lescott, Vieira.)

Artikel Sebelum

Wilkins Tinggalkan Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Lain