Litar Sepang Selatan Dibuka Untuk Sesi Ujian

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KETIKA cabaran 2010 menghampiri tirai penutup musim, promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) menyediakan sesi ujian dengan bayaran paling minimum di Litar Antarabangsa Sepang selaku gelanggang bagi sirkit kedua terakhir buat pasukan dan pelumba musim ini.

Sesi ujian di trek Sepang Selatan akan mula dibuka pada 18 November iaitu Khamis depan dengan dua sesi iaitu satu di sebelah pagi bermula jam 10 pagi hingga 1 tengahari manakala sesi kedua bermula pada jam 2 petang hingga 5 petang. Pelumba yang berminat, perlu membayar sebanyak RM100 bagi satu sesi yang melibatkan tiga jam.

Pengarah Promosi SAM, Ron Hogg (gambar)mengulas bahawa dengan adanya sesi ujian tersebut, pasukan dan pelumba boleh membuat persediaan yang mencukupi sebelum mengharungi cabaran Pusingan 9 bermula pada 20 hingga 21 November depan.

“Buat masa ini, kami menyediakan dua sesi ujian berbanding pada Pusingan 4 di Trek Sepang Utara sebelum ini di mana kami memperuntukkan hanya satu sesi untuk semua pasukan ketika itu. Dengan dua sesi yang disediakan, satu disebelah pagi dan satu lagi di sebelah petang memberi peluang kepada pasukan dan pelumba untuk memperbaiki dan menyelaraskan jentera mereka bersesuaian dengan cuaca berbeza.

Selain itu, perubahan destinasi perlumbaan dari trek biasa yang pendek dan teknikal ke litar sebenar seperti Sepang memberi perbezaan yang cukup ketara tambahan beraksi di trek sepanjang 2.609 meter yang menuntut ketahanan jentera,” ujarnya.

Ron turut menjelaskan bahawa betapa pentingnya bagi sesi ujian ini bagi memastikan pasukan dan pelumba mendapat kelebihan bagi terus menghidupkan peluang menakluki kejuaraan Wira, CP115 mahupun gelaran CP130.

"Persaingan kali ini, kedudukan mata dikalangan pelumba yang memburu gelaran musim ini tidak banyak berbeza," katanya.

Untuk itu, peminat sukan Cub Prix pasti akan menyaksikan satu persaingan hebat dari tiga kategori yang dimaksudkan ini,” jelas Ron.

Dalam kategori perdana, CP130, Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju Motor) masih mendominasikan kedudukan keseluruhan dengan 136 mata. Bagaimanapun, kedudukannya sedikit terancam apabila pelumba muda, Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) hanya ketinggalan lapan mata dibelakangnya dengan mengumpul 128 mata diikuti Norizman Ismail dari Harian Metro SCK Honda Racing) dengan 121 mata.

Sementara itu, pelumba muda berusia 14 tahun, Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM Racing dianggap selesa untuk menerajui kategori CP115 dengan mengumpul 146 mata diikuti dua pelumba Motul Yamaha YY Pang, Mohd Rozaiman Mohd Said dan Mohd Adli Salihin yang masing-masing mengumpul 115 mata dan 108 mata untuk tempat kedua dan ketiga.

Bagi kelas Wira, Mohd Adib Rosley dari Motul Yamaha YY Pang mendahului pelumba lain dengan 141 mata diikuti rakan sepasukannya, Mohd Azhar Abd Jalil 133 mata dan Mohd Syawalludin Mohd Zaki (Modenas FortyOne Racing) di tempat ketiga dengan 105 mata.

Tiket hanya berharga RM20 dan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, masuk adalah percuma.

Bagi peminat sukan pemotoran yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlumbaan ini, tiket dijual di tempat-tempat terpilih antaranya di MAJU MOTOR, Shah Alam (03-55108036), AH HONG MOTOR, Kuala Lumpur (03-40417576), YY PANG RACING MOTOR, Shah Alam (03-51215821), SAFE AIM MUTUAL SDN BHD, Kajang (03-87348787), RACELINE MOTORCYCLE, Petaling Jaya (03-77852400, 77859500), SCK MOTOR, Shah Alam (03-55112594), SHAHROL YUZY MOTOR, Puchong (03-83186062), LIBERTY MOTOR, Puchong (03-8070 2227), ARTREE MOTOR, Petaling Jaya (012-671 9522).

Setiap pembelian tiket bakal menerima baucer Petronas bernilai RM10, buku program Cub Prix dan 1,000 penonton terawal pula akan menerima topi kejuaraan daripada pihak penganjur.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan