suria

Spurs Kecundang Di Tangan Bolton

Petrov (tengah) meraikan jaringannya dengan Davies (kanan) sambil diperhatikan pemain Spurs, Hutton.

BOLTON, England: Tottenham gagal mengulangi kemenangan ke atas juara Eropah, Inter Milan Selasa lalu apabila tewas 2-4 kepada Bolton Wanderers pada saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu.

Dua gol jaringan Kevin Davies dan rembatan kencang Rafn Steinsson serta Martin Petrov membantu skuad bimbingan Owen Coyle itu memalukan Spurs buat kali kedua pada perlawanan liga domestik.

Pasukan lawan, bangkit pada saat akhir selepas ketinggalan 3-0 menerusi jaringan Alan Hutton (minit ke-79) dan Roman Pavlyuchenko.

Namun, Petrov melengkapkan gol keempat Bolton pada minit kecederaan untuk menghadiahkan tiga mata penuh kepada pasukan tuan rumah.

Terdahulu, Spurs mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Inter pada aksi Liga Juara-juara Eropah.

Artikel Sebelum

Artikel Lain