Jiwa Mohan Gugur Daripada Skuad Hoki Sukan Asia

Diterbitkan: Sabtu, 6 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pemain berpengalaman negara, Jiwa Mohan digugurkan daripada skuad hoki negara yang akan menggalas cabaran pada Sukan Asia di Guangzhou, China, mulai 12 hingga 27 November ini.

Timbalan Presiden Persatuan Hoki Malaysia (PHM), Nur Azmi Ahmad, berkata pemain pertahanan itu mempunyai tanggungjawab lain di tempat tinggalnya sekarang di Perth, Australia.

"Tempat Jiwa Mohan akan digantikan dengan pemain muda daripada Projek 2013, Azreen Rizal Nasir," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Nur Azmi mengumumkan barisan pemain 16 pemain negara ke Sukan Asia, iaitu skuad sama yang beraksi pada Sukan Komanwel di New Delhi bulan lepas.

PHM akan menghantar enam pegawai yang terdiri daripada pengurus pasukan George Koshi, ketua jurulatih Stephen van Huizen, dua pembantu jurulatih Tai Beng Hai dan Nor Saiful Zaini Nasiruddin, seorang doktor dan seorang pakar fisioterapi.

"PHM mensasarkan untuk memperolehi sebutir pingat pada Sukan Asia tetapi jika kita dapat emas kita dapat layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 London dan ini memudahkan kita," katanya.

Beliau berkata sekiranya pasukan negara gagal memperolehi pingat emas, pasukan itu terpaksa bermain di pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2012 London dan pusingan itu dijadualkan berlangsung Februari 2012 di Kuantan, Pahang.

Katanya pemain dan pegawai pasukan itu akan bertolak ke Guangzhou, China pada 11 November ini dan pada Sukan Asia kali ini Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama Korea Selatan, China, Singapura dan Oman.

Acara hoki Sukan Asia akan diadakan mulai 13 hingga 25 November ini dan Malaysia akan memulakan cabaran peringkat kumpulan menentang Singapura pada 15 November ini, Korea Selatan (18 November), Oman (19 November) dan China pada 21 November.

Pada Sukan Asia di Doha pada 2006, Malaysia berada di tangga keenam daripada 10 pasukan, Sukan Komanwel lepas Malaysia menduduki tempat kelapan daripada 10 pasukan dan Malaysia gagal melayakan diri pada Sukan Olimpik 2008.

Senarai 16 pemain ke Sukan Asia: Penjaga gol: S. Kumar dan Roslan Jamaluddin. Pertahanan: Mohd Madzli Ikmar (Kapten), Amin Rahim, Muhammad Razie Abd Rahim, Azreen Rizal Nasir dan Baljit Singh Charun.

Tengah: Mohamad Shukri Abd Mutalib, Muhamad Marhan Mohd Jalil, Mohd Shahrun Nabil Abdullah dan Nabil Fiqri Mohd Noor.

Penyerang: Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, Azlan Misron, Hafifihafiz Hanafi, Faizal Saari dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan