suria

Che Mat Jusoh Kekal Presiden PBSNT Hingga 2014

KUALA TERENGGANU: Datuk Che Mat Jusoh mengekalkan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) selepas menang tanpa bertanding bagi penggal 2010-2014.

Beliau mengekalkan jawatan yang disandangnya itu sejak 1998 pada pemilihan badan negeri itu di Kongres PBSNT di sini, Sabtu.

Sementara itu, jawatan timbalan presiden pula disandang oleh naib presiden Sheikh Tajuddin Sheikh Yusof dan setiausaha kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah.

Tiga naib presiden ialah Datuk Mokhtar Nong, Datuk Mat Razali Kasim dan Mazlan Sulong.

Jawatan setiausaha agong pula dikekalkan oleh Abdullah Salleh manakala lapan orang dilantik sebagai ahli majlis PBSNT.

Che Mat berkata beliau yakin PBSNT akan berjalan dengan baik dengan gabungan ahli politik, pegawai kerajaan dan ahli perniagaan.

"Kita harap akan lahir pemikiran baru dan semangat baru daripada tiga gabungan ini," katanya.

Beliau berkata sasaran awal PBSNT ialah untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia yang akan bermula Januari depan. - BERNAMA

Artikel Lain