Terengganu Lancar Pasukan Lumba Basikal Profesional Disember Ini

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan melancarkan pasukan lumba basikal profesionalnya yang dikenali 'Terengganu Pro-Asia Cycling Team awal Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata serentak itu semua 23 pelumba dari dalam dan luar negara serta penaja pasukan tersebut akan diperkenalkan kepada umum dan majlis menandatangani kontrak akan turut diadakan.

Setakat ini TPCT tidak menghadapi masalah dan kerajaan negeri kini menunggu surat kelulusan daripada Persatuan Basikal Antarabangsa, katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata pasukan itu telahpun menerima tajaan daripada sebuah syarikat dari Jepun dengan menyediakan basikal serta peralatan, pakaian dan makanan tambahan.

Selain itu, Rozi berkata kerajaan negeri juga sedang menimbang untuk menerima dua lagi penajaan syarikat dari Korea dan Jepun yang berpengkalan di Singapura.

Beliau berkata Terengganu yang merupakan negeri pertama menubuhkan pasukan basikal profesional, bukan sahaja dijangka terlibat dalam perlumbaan antarabangsa seperti Le Tour de Langkawi tetapi juga menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa yang lain. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan