suria

Inter Kecundang, Bale Hero Spurs

Pavlyuchenko (kanan) memeluk Bale (tengah) selepas dia mencipta peluang bagi gol ketiga Spurs.
Pavlyuchenko (kanan) memeluk Bale (tengah) selepas dia mencipta peluang bagi gol ketiga Spurs.
Pavlyuchenko (kanan) memeluk Bale (tengah) selepas dia mencipta peluang bagi gol ketiga Spurs.

INTER Milan menanggung kekecewaan buat pertama kalinya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini selepas tewas 1-3 kepada Tottenham Hotspur, awal pagi Rabu.

Pemain tengah Wales, Gareth Bale, banyak membuka ruang kepada rakan-rakannya untuk menjaringkan gol ke atas lawan yang sukar.

Spurs melakukan serangan merbahaya dan mencatat kemenangan di tempat sendiri menerusi jaringan Rafael Van der Vaart pada minit ke-18, Peter Crouch (61) dan pemain gantian, Roman Pavlyuchenko ketika perlawanan berbaki seminit.

Penyerang Samuel Eto'o menjaringkan gol tunggal untuk Inter pada minit ke-80.

Spurs kini menduduki tangga teratas Kumpulan A, berkongsi tujuh mata dengan Inter tetapi hanya dibezakan dengan jumlah gol.

Bale yang melakukan hatrik ketika Spurs tewas 3-4 di San Siro dua minggu lalu, pantas mencipta ruang bagi gol kedua dan ketiga.

"Ia adalah persembahan menakjubkan daripada pasukan. Sejujurnya, Bale patut diberi pujian. Dia amat bijak tetapi keseluruhan pasukan sentiasa bekerja-keras.

"Bale adalah pemain tengah terbaik di dunia ketika ini. Dia pernah membantu pasukan dua minggu lalu dan mengulanginya sekali lagi," kata Pengurus Spurs, Harry Redknapp.

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Liga Juara-Juara

Artikel Lain