suria

Soderling, Ferrer Mara Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Pemain pilihan Robin Soderling dan David Ferrer mara ke suku akhir Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, Khamis.

Soderling, pemain nombor lima dunia yang mudah mengatasi Edouard Roger-Vasselin dari Perancis 6-0, 6-1 pada pusingan kedua akan menentang pilihan kelapan Andrey Golubev dari Kazakhstan.

"Ia satu perlawanan yang baik. Saya tidak menyertai mana-mana jelajah sejak Piala Davis, dan itu sudah berminggu-minggu lamanya, jadi saya gembira dengan prestasi hari ini," kata pemain Sweden itu selepas perlawanan.

Pemain Sepanyol, Ferrer yang merupakan pilihan kelima akan berdepan pilihan ketiga kejohanan Tomas Berdych dari Republik Czech, selepas mengetepikan pemain 'wildcard' Yuki Bhambri dari India.

Remaja berusia 18 tahun itu bagaimanapun berusaha memberi yang terbaik sebelum tunduk kepada Ferrer 6-2, 6-2.

Mengulas pertemuannya yang akan datang, Ferrer berkata beliau menjangka perlawanannya dengan Berdych adalah suatu yang sukar dan perlu lebih fokus. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Wigan Benam Wolves 2-0

Artikel Berikut

Artikel Lain