suria

Josiah Masih Mahu Berjuang

Empat pelumba trek yang terpilih ke Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India - Mohd Edrus Md Yunos, Mohd Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin bergambar bersama Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Abu Samah Abdul Wahab di Velodrom Joe Ciavola di Melbourne, Australia.
Empat pelumba trek yang terpilih ke Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India - Mohd Edrus Md Yunos, Mohd Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin bergambar bersama Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Abu Samah Abdul Wahab di Velodrom Joe
Ciavola di Melbourne, Australia.
Empat pelumba trek yang terpilih ke Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India - Mohd Edrus Md Yunos, Mohd Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin bergambar bersama Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Abu Samah Abdul Wahab di Velodrom Joe Ciavola di Melbourne, Australia.

MELBOURNE: Biarpun sandaran untuk menghadiahkan pingat emas tidak lagi diletakkan di bahu bekas pelumba keirin nombor satu dunia, Josiah Ng, menganggap perkara itu tidak sedikitpun mematahkan semangatnya untuk terus mengharumkan nama negara.

Sebaliknya, pelumba berusia 32 tahun itu mengakui belum mahu angkat kaki dari skuad berbasikal trek negara dan berazam untuk membuktikan kemampuannya kepada dunia.

"Sukan Komanwel kali ini tidak akan menjadi penampilan terahir saya. Saya masih mahu berjuang untuk negara. Mungkin Sukan Komanwel 2014 di Scotland akan menjadi medan terakhir saya," katanya ketika ditemui media selepas selesai sesi latihan di Velodrom Joe Ciavola yang terletak di Pusat Sukan Antarabangsa Derabin di sini.

Mengakui harapan untuk menghadirkan pingat kini lebih terarah kepada Rizal Tisin dan Azizul Awang Hasni, Josiah kini lebih yakin dengan keupayaan skuad sedia ada walaupun mereka akan berdepan lawan handal menjelang kemuncak temasya empat tahun sekali itu di New Delhi, India membuka tirainya 3 Oktober ini.

"Saya amat yakin. Kami memiliki barisan pelumba terbaik yang berupaya menghasilkan sebarang pingat. Tidak dinafikan mungkin kami berpeluang menyumbang dua atau tiga pingat kelak," ujarnya.

Jika dibandingkan dengan aksinya pada Sukan Komanwel sebelum ini, Josiah amat berpuas hati dengan latihan yang ditempuhi bersama Rizal, Azizulhasni dan Mohd Edrus Md Yunos yang diletakkan sebagai pelumba simpanan.

Josiah berkata sistem sokongan yang diterima menerusi kehadiran pegawai dari Majlis Sukan Negara (MSN) dan rakan pelumba juga banyak membantunya dalam meningkatkan teknik kayuhan dan mempelajari kemahiran baru sepanjang latihan di sini.

"Ikatan yang erat antara satu sama lain ada dalam skuad ini. Keadaa itu bukan saja membantu kami sepanjang latihan tahap tertinggi bersama ketua jurulatih, John Beasley," jelasnya.

Enggan kegagalan pada Sukan Asia di Doha empat tahun lalu berulang kembali, Josiah kini mahu mengetepikan tekanan jauh di benak fikirannya menjelang temasya penting ini.

Katanya, tekanan amat penting terutamanya di peringkat tertinggi tetapi beliau akan memastikan ia tidak menjejaskan persembahannya.

Artikel Sebelum

Wigan Benam Wolves 2-0

Artikel Berikut

Artikel Lain