Danny Chia Bawa Cabaran Negara Pada Terbuka Iskandar Johor

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BHARU: Sekurang-kurangnya 22 pemain professional tempatan layak mengambil bahagian di Kejohanan Terbuka Iskandar Johor bernilai US$1.25 juta (3.9 juta) di lapangan 6,271-metre, par-72 Horizon Hills Golf & Country Club dari 14 hingga 17 Oktober ini.

Pemain profesional nombor satu negara, Danny Chia dijangka mampu menggalas cabaran Malaysia ke kejohanan bertaraf terbesar Jelajah Asia. Danny selesa layak berbekalkan ranking beliau selaku pemain ke 29 terbaik dalam Order of Merit (OOM) Jelajah Asia tahun lalu.

Untuk rekod, 65 pemain terbaik di senarai OOM tahun lalu automatik layak untuk kejohanan ini.

Bagi Danny, 38, beliau melakar sejarah apabila menjadi pemain profesional lelaki pertama negara untuk melepasi cut di kejohanan utama apabila beliau menyudahkan penampilan di Terbuka British Julai lalu dengan catatan dua diatas par 290, yang membolehkan beliau mengatasi pemain-pemain ternama seperti bintang Piala Ryder England, Ian Poulter, kapten pasukan Piala Ryder Eropah, Colin Montgomerie dari Scotland dan bekas juara Masters Zach Johnson.

Berikutan persembahan cemerlang itu Danny berharap dapat membuahkan saingan sengit pada edisi keempat Terbuka Iskandar dua minggu lagi.

“Dapat bermain baik dihadapan para penyokong sendiri seperti di Terbuka Iskandar Johor adalah satu pengalaman manis. Rekod saya agak baik di Johor. Saya teruja untuk bermain di lapangan Horizon Hills dan saya bersedia.

“Pengalaman bersaing dikalangan pemain-pemain terbaik dunia pada Terbuka British memberikan semangat baru kepada saya dan menjadikan saya pemain yang lebih matang.

"Saya turut belajar menjadi lebih realistik dengan permainan dan harapan saya. Saya tahu saingan di Terbuka Iskandar pasti sengit tapi saya yakin pemain Malaysia mampu memberi cabaran,” katanya yang mencatat tempat kesembilan pada 2008 ke-28 tahun lalu.

Selain Danny, beberapa orang pemain tempatan yang turut beraksi ialah Iain Steel, Shaaban Hussin, layak berdasarkan ranking Jelajah Asia 2009.

Manakala juara Worldwide Selangor Masters 2008, Ben Leong, juara Terbuka Pakistan 2007 Airil Rizman Zahari dan peneraju ranking Jelajah Pembangunan Asia dan OOM Persatuan Pemain Golf Profesional Malaysia (PGAM) S. Sivachandran and M. Sasidaran akan turut beraksi.

Sementara itu, sepuluh tempat turut diberikan kepada sepuluh pemain tempatan terbaik berdasarkan OOM PGAM.

“Kami berbangga kerana sekurang-kurangnya 22 pemain professional tempatan telah layak untuk beraksi di kejohanan kali ini, jelas ini menunjukkan jika diberi peluang, pemain-pemain tempatan mempunyai kualiti untuk memberi cabaran kepada pemain-pemain antarabangsa.

"Sebagai penaja utama, IRDA berbangga untuk memainkan peranan dalam menyokong pembangunan sukan golf professional negara,” kata Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA, Ismail Ibrahim.

Juara bertahan K.J. Choi dari Korea, pemain Afrika Selatan Retief Goosen, Padraig Harrington dan Colin Montgomerie adalah antara pemain ternama dunia yang sudah pasti bersaing.

Selain itu, pihak pengurusan Kelab Golf Horizon Hills menyediakan pakej berpatutan untuk pemain-pemain profesional tempatan yang ingin berlatih di lapangan itu dalam membuat persediaan untuk menghadapi kejohanan ini.

Mereka hanya perlu membayar RM60.75 untuk buggy dan kedi. Tawaran ini hanya untuk hari biasa sahaja.

Sebelum ini Horizon Hills memang memberi keistimewaan kepada mana-mana pemain professional untuk bermain pada hari biasa dengan kadar RM100 nett termasuk buggy dan kedi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan