Tiga Atlet Sukma Melaka Positif Dadah

Diterbitkan: Rabu, 29 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga atlet yang memenangi pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) Melaka pada Jun lepas didapati positif dalam ujian doping semasa temasya dwi-tahunan itu, demikian menurut Laporan Pengelolaan Sukma Melaka 2010 yang dibentangkan pada Seminar Penganjuran Sukma yang berakhir di sini Selasa.

Tiga atlet masing-masing mewakili acara hoki, tinju dan berbasikal, adalah daripada 1,723 ahli sukan yang beraksi pada temasya itu, dan didapati menggunakan methamphetamine, diuretics dan Methobolite of Nandrolone semasa ujian dilakukan oleh Institut Sukan Negara (ISN).

ISN menguji 202 sampel sepanjang temasya itu berlangsung dari 10 hingga 19 Jun.

ISN hari ini mengesahkan bahawa seorang atlet yang positif dadah itu sudah membuat permohonan kepada institut itu untuk melakukan ujian kedua.

Ketua Pengarah ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata ISN akan melakukan ujian itu di India kerana semua sampel atlet beraksi di Sukma Melaka dihantar ke pusat ujian doping di negara itu.

"Ujian ke atas sampel B air kencing atlet itu akan dilakukan oleh pihak di India dan pihak persatuan boleh menghantar seorang wakil untuk menyaksikan proses itu," katanya kepada Bernama di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan