suria

Rooney Tidak Beraksi Menentang Valencia

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney (gambar) tidak menyertai pasukannya bagi saingan Liga Juara-juara (CL) menentang Valencia Rabu ini.

Satu kenyataan dari kelab menyatakan bahawa penyerang England itu tidak bersama skuad terbang ke Sepanyol selepas Rooney mengalami kecederaan buku lali dan dikeluarkan pada separuh masa kedua perlawanan menentang Bolton kerana Ahad lalu.

Tiada kenyataan dibuat mengenai tempoh Rooney direhatkan.

Sementara itu, pembantu pegurus pasukan, Mike Phelan menegaskan bahawa Rooney sememangnya berhadapan dengan kecederaan dan inilah masa yang sesuai untuk dia berehat.

United sehingga kini masih menagih aksi Rooney selepas gagal mempamerkan aksi terbaik dalam beberapa perlawanan sebelum ini, malah turut gagal menjaringkan gol.

Bekas pengurus England, Kevin Keegan turut melahirkan rasa simpati kepada Rooney yang berdepan dengan saat sukar di atas padang dan ditambah pula dengan berita panas mengenai kehidupan peribadinya.

Kini Sir Alex Ferguson kemungkinan akan menggunakan kombinasi Dimitar Berbatov dan Micheal Owen untuk bahagian serangan menentang Valencia nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain