Hafidz Juara Kelas CP130 Cup Prix Di Melaka

Diterbitkan: Isnin, 27 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Masalah jentera dialami Hafizh Syahrin Abdullah tidak menghalangnya mengungguli kelas CP130 pada Pusingan Ketujuh Siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas AAM 2010 di litar Stadium Hang Jebat di sini, Ahad.

Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Raceline itu bermula di petak utama bersaing hebat dengan pelumba Petronas Sprinta Yamaha AHM, Md Zamri Baba yang memintasnya pada pusingan terakhir tetapi berjaya dipintasnya kembali sebelum menamatkan saingan dengan catatan masa 12 minit 26.579 saat dalam saingan 15 pusingan itu.

"Pada pusingan kelima saya mendapati jentera saya ada masalah enjin dan bearing tayar hadapan pecah tetapi saya tidak panik dan meneruskan perlumbaan seperti biasa, tanpa menghiraukan masalah dialami," katanya kepada pemberita.

Md Zamri muncul tempat kedua dengan catatan masa 12 minit 26.685 saat dan pelumba Harian Metro SCK Honda Racing, Norizman Ismail di tempat ketiga dengan masa 12 minit 29.786 saat.

Pelumba Shell Advance Yamaha Maju Motor, Ahmad Fazli Sham, yang menduduki tempat keempat hari ini masih mendahului kedudukan keseluruhan dengan 127 mata manakala Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) di tempat kedua dengan 110 mata dan Hafizh Syahrin di tempat ketiga dengan 103 mata.

Dalam saingan kelas CP115, pelumba Petronas Sprinta Yamaha AHM, Md Ramdan Md Rosli yang mencatatkan masa 10 minit 15.003 saat menggunguli saingan, diikuti Md Adli Salihin (Motul Yamaha YY Pang) dengan masa 10 minit 15.189 saat dan pelumba Petronas Yamaha Raceline, Md Iskandar Raduan di tempat ketiga dengan masa 10 minit 19.483 saat.

Md Ramdan, yang kali terakhir memenangi perlumbaan pada pusingan ketiga di litar Batu Kawan, Pulau Pinang kini menduduki tangga teratas dengan 126 mata. Md Rozaiman Md Said yang mewakili Motul Yamaha YY Pang di tangga kedua (105 mata) dan ketiga, Md Iskandar (105 mata).

Bagi saingan kelas Wira, Md Adib Rosley daripada pasukan Motul Yamaha YY Pang muncul juara kali kelima berturut-turut dengan catatan masa 9 minit 18.834 saat mengalahkan pelumba MOS Yamaha Racing, Zulsyafiz Rosli (9 minit 24.822 saat) dan Md Azhar Abd Jalil mewakili Motul Yamaha YY Pang di tempat ketiga dengan masa 9 minit 26.968 saat.

Kelas Yamaha 135LC menyaksikan Tengku Amirul Haffiruddin muncul juara dengan catatan masa 8 minit 48.539 saat menewaskan Nurahmad Fariznazreen (8 minit 48.574 saat) di tempat kedua dan Md Hafiza Rofa (8:53.970 saat) ketiga.

Bagi kelas Honda Icon, Nur Amirah Basir dinobatkan sebagai juara dengan masa 9 minit 45.350 saat mengalahkan Has Fauzan Hassan (9 minit 45.583 saat) di tempat kedua dan ketiga, Afiq Rahmat (9 minit 51.798 saat).

Penunggang jentera Modenas, Md Syawal Md Nor muncul juara kelas Privateer, dengan catatan masa 9 minit 06.255 saat menewaskan Md Haiekal Akmal Zakaria (Suzuki-9 minit 06.674 saat) dan Md Fhahmin Abd Mutalib (Honda-9 minit 21.772 saat).

Pusingan seterusnya Siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas AAM 2010 akan berlangsung di Pekan, Pahang pada 23 hingga 24 Nov. Ia merupakan pusingan kelapan daripada 10 pusingan kejuaraan tahun ini.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan