Tiga Pemain Layak Ke Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pemain telah menempah tiket ke pusingan pertama Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia 2010 di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Igor Andreev, Laurent Recouderc dan Frantisek Cermak layak selepas memenangi perlawanan pusingan kelayakan masing-masing manakala satu lagi tempat kelayakan akan ditentukan antara pemain Jepun, Tatsuma Ito dan Milos Raonic dari Kanada pada pagi esok.

Pada pusingan pertama Isnin, pemain Malaysia Si Yew Ming akan menentang pemain India Yuki Bhambri manakala pemain nombor satu Asia, Lu Yen Hsun akan berdepan dengan pemain Kazakhstan, Andrey Golubev.

Empat pemain pilihan utama Robin Soderling dari Sweden (pemain nombor lima dunia), Tomas Berdych dari Republik Czech (7), pemain Russia Mikhail Youzhny (9) dan juara bertahan Nikolay Davydenko (6) diberi 'bye' pada pusingan pertama.

Mereka akan memulakan saingan pada Selasa ini.

Keputusan Pusingan Kelayakan: - Igor Andreev (RUS) mn Jun Woong-Sun (KOR) 6-2, 6-2 Laurent Recouderc (FRA) mn Joseph Sirianni (AUS) 6-1, 6-3 Frantisek Cermak (CZE) mn Santiago Gonzalez (MEX) 6-4, 4-6, 6-4 -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan