Sukan Komanwel: Beri Peluang New Delhi Atasi Masalah - CPA

Diterbitkan: Sabtu, 25 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta semua negara yang mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel New Delhi, memberi peluang kepada negara itu memperbaiki sebarang kelemahan berkaitan penganjuran sukan berkenaan.

Beliau berkata negara peserta sepatutnya tampil membantu India menyelesaikan masalah yang timbul dan bukan hanya bertindak melemparkan pelbagai kritikan.

"Sukan ini tujuannya baik, iaitu untuk mengeratkan hubungan di kalangan negara-negara Komanwel. Pihak India sedang melakukan sedaya-upaya untuk memastikan segala prasarana yang ada, dapat ditingkatkan keupayaannya.

"Saya yakin, seperti juga sukan lain seperti Olimpik dan juga bola sepak Piala Dunia, dahulu banyak tohmahan dan boikot diterima, tetapi apabila tiba masanya, mereka berjaya menganjurkan dengan jayanya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan Masyarakat Semporna di sini, Sabtu.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika mengulas perkembangan sukan berkenaan di India yang akan berlangsung dari 3 hingga 14 Okt ini.

Justeru, katanya, negara peserta atau atlet tidak perlu mengambil tindakan terburu-buru menarik diri daripada menyertai temasya sukan tersebut, demi menjayakan matlamat penganjuran Sukan Komanwel itu sendiri.

Beliau yakin India dan New Delhi khususnya, mampu menyelesaikan segala masalah yang menjadi isu di kalangan negara peserta sebelum temasya sukan itu bermula. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan