Konsep Sukan Untuk Semua Dapat Pupuk Perpaduan Kaum

Diterbitkan: Sabtu, 25 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Konsep sukan yang disertai oleh semua kaum di peringkat akar umbi adalah lebih berkesan dan berkekalan dalam memupuk perpaduan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Katanya pembangunan sukan di peringkat akar umbi mampu mewujudkan semangat berpasukan bagi memantapkan ikatan perpaduan dan keharmonian masyarakat.

"Justeru itu, bidang sukan harus diterokai dengan giatnya agar golongan muda boleh berinteraksi melalui sukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Liga Kampus Dodgeball 2010 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini, Sabtu.

Koh berkata Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan, institusi pengajian tinggi serta sekolah dalam mempromosikan konsep sukan untuk semua di semua peringkat.

Beliau juga menggesa agar sektor korporat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) memberikan tajaan dan sumbangan secara langsung kepada pembangunan sukan dalam usaha memupuk perpaduan. Mengenai kemelut kepimpinan parti Gerakan Pulau Pinang, Koh, yang juga Presiden Gerakan, berkata beliau akan memberi komen mengenai isu itu pada mesyuarat tahunan perwakilan negeri itu, Ahad.

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan ahli parti di Pulau Pinang sedang berusaha mengumpulkan tandatangan bagi membolehkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan supaya usul tidak percaya boleh diluluskan ke atas pengerusinya, Datuk Teng Hock Nan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan