Perlis Tekad Juarai Piala Agong

Diterbitkan: Khamis, 23 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Piala Emas Raja-Raja, Perlis berazam untuk menambah koleksi kejuaraannya apabila menentang Johor pada perlawanan akhir Piala Agong di Stadium Utama, Kangar Sabtu ini.

Biarpun menyedari lawannya merupakan juara bertahan Piala Agong, Perlis yang dibarisi beberapa pemain berpengalaman dari saingan Liga Malaysia, yakin untuk menjulang Piala Agong 2010 bagi melengkapkan kejayaan selepas menjuarai Piala Emas Raja-Raja tahun lepas.

Johor yang menjadi juara Piala Agong sebanyak enam kali iaitu pada tahun 1978, 1988, 1989, 1990, 2008 dan 2009 pastinya tidak akan memberi laluan mudah kepada Perlis yang hanya sekali pernah muncul sebagai juara iaitu pada 1993.

"Perlis akan turun sebagai pasukan pilihan pada kali ini bersama dengan tonggak utama pasukan itu, Andrien Jurat Chamrong yang juga merupakan pemain terbaik pada musim lepas," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), di sini, Rabu.

PBSSM merupakan penganjur kepada kejohanan Piala Emas Raja-Raja.

Piala Emas Raja-Raja yang bermula sebaik tamatnya Piala Agong akan memastikan senario bola sepak negara terus rancak dan mendapat sekongan dari peminat bola sepak tanah air, menurut PBSMM.

Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2010 edisi ke-70 akan membuka tirai pada 5 November ini dengan 16 pasukan bersaing di empat venue utama iaitu Kangar, Kota Bahru, Ipoh dan UiTM Shah Alam.

Kumpulan A bermain di Kangar terdiri daripada Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Kumpulan B (Kota Bahru) menyaksikan saingan tuan rumah Kelantan bersama Johor, Angkatan Tentera Malaysia dan Pulau Pinang.

Kumpulan C (Ipoh) dibarisi Perak, Kedah, Selangor dan Melaka manakala Kumpulan D (UiTM Shah Alam) terdiri daripada MASUM, Singapura, Terengganu dan PDRM. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan