Felda United Akur Mungkin Tersingkir Awal - Sukan | mStar

Felda United Akur Mungkin Tersingkir Awal

Diterbitkan: Rabu, 22 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana Felda United yang kali pertama beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini berhadapan kemungkinan menjadi pasukan terawal tersingkir pada peringkat separuh akhir.

Tiga kekalahan berturut-turut meletakkan pasukan kelab ini menjadi pasukan tercorot dalam Kumpulan D.

Sehubungan itu jurulatihnya E. Elavarasan akur dengan peluang tipis pasukannya untuk melangkah lebih jauh.

"Secara matematik saya sedar potensi Felda United untuk melangkah ke pusingan berikutnya adalah tipis.

"Namun saya masih berharap kita masih mampu melakukan sesuatu pada baki tiga perlawanan berikutnya," katanya.

Beliau berkata walaupun pasukanya masih gagal mengutip sebarang mata, beliau masih berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang masih bersemangat untuk beraksi pada perlawanan seterusnya.

"Saya harap pemain saya mampu melakukan sesuatu pada pertemuan dengan Perlis di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras 3 Oktober ini," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan