CGF Gesa Penganjut Sukan Komanwel Siapkan Segera Perkampungan Sukan

Diterbitkan: Rabu, 22 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Menjelang 12 hari sebelum bermulanya temasya Sukan Komanwel, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) memberi peringatan keras kepada penganjurnya supaya mengatasi segala kekurangan di perkampungan sukan itu sebelum atlet tiba di ibu negara ini mulai hari ini.

"Kebanyakan negara yang telah menghantar rombongan awal masing-masing untuk membuat persiapan di perkampungan itu menyatakan dengan jelas bahawa sehingga tengah hari semalam, keadaan di perkampungan sukan itu amat tidak memuaskan.

"Keadaan di zon kediaman mengejutkan majoriti negara Persatuan Sukan Komanwel dan sebahagiaan besar perkara berkaitan operasi, masih belum diuruskan dengan sewajarnya," kata presiden CGF Michael Fennell dalam kenyataannya.

Fennell berkata beliau telah mengutus surat kepada setiausaha Kabinet India K.M Chandrashekar supaya mengatasi segala kekurangan yang ada dengan segera untuk memastikan kelancaran sukan ini.

"Kemudahan perkampungan untuk atlet adalah asas paling penting bagi mana-mana sukan dan atlet berhak disediakan persekitaran yang terbaik mungkin untuk membolehkan mereka membuat persiapan menghadapi pertandingan," katanya.

Beberapa negara England, Ireland, New Zealand dan Scotland berkata mereka amat bimbang kerana keadaan di perkampungan sukan itu tidak mencapai standard yang diharapkan.

Pada sidang akhbar di Delhi pada Selasa, Ketua Eksekutif CGF Mike Hooper berkata beliau kecewa dengan keadaan kebersihan di perkampungan sukan itu.

"Kami telah menegaskan tentang pentingnya isu kebersihan ditangani dengan cekap. Oleh itu, kami kecewa apabila mendapati keadaannya tidak memuaskan memandangkan hanya dua hari sahaja lagi para atlet akan mula tiba," katanya.

Sukan ini akan berlangsung dari 3 hingga 14 Oktober di Delhi. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan