suria

Arsenal Menang Bergaya Ke Atas Spurs

Nasri menyempurnakan penalti pertama ketika bertemu Spurs, Selasa.
Nasri menyempurnakan penalti pertama ketika bertemu Spurs, Selasa.
Nasri menyempurnakan penalti pertama ketika bertemu Spurs, Selasa.

LONDON: Samir Nasri menyempurnakan dua sepakan penalti pada minit kecederaan untuk membantu Arsenal menewaskan seteru jiran, Tottenham Hotspur 4-1 pada saingan Piala Liga, Selasa.

Pemain gantian Spurs, Robbie Keane mengikat kedudukan 1-1 selepas Henri Lansbury menjaringkan gol pertama Arsenal sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Selepas dikasari Sebastien Bassong, Nasri menyempurnakan penalti pertama sebelum menggandakan jaringan lima minit kemudian hasil penalti kedua yang diperoleh menerusi kekasaran yang dilakukan Steven Caulker ke atas Marouane Chamakh.

Tuah terus mengiringi pasukan kendalian pengurus Arsene Wenger apabila Andrei Arshavin menamatkan impian Spurs untuk bangkit dengan memanfaatkan hantaran bola rendah Pletikosa pada minit ke-105.

Pada perlawanan berasingan, Everton tewas 3-4 kepada Brentford menerusi penentuan penalti.

Mimpi ngeri mula menghantui Everton apabila Jermaine Beckford dan Phil Jagielka gagal menyempurnakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

Seamus Coleman meletakkan Everton di depan menerusi gol pertamanya untuk kelab selepas minit keenam tetapi Gary Alexander berjaya menyamakan kedudukan dengan tandukan bergaya.

Bolton turut menerima nasib sama apabila tewas 0-1 kepada Burnley. Sementara itu, Stoke berjaya menundukkan Fulham 2-0 manakala West Ham mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Sunderland.

Artikel Lain