suria

Kejohanan Golf Kedah International Red Tee Perkenal Format Baru

LANGKAWI: Kejohanan golf Kedah International Red Tee Invitation Langkawi kali kedua, yang akan berlangsung tahun depan bakal memperkenalkan format baru bagi memeriahkan lagi pertandingan itu.

Pengerusi Jawatankuasa kejohanan itu Datuk Mansor Ismail berkata pada tahun depan penyertaan secara berpasukan akan dibuka di samping mengundang pemain terbaik bertaraf amatur dari negara Asean dan Eropah, khas untuk wanita.

"Ini adalah hasil kejayaan cemerlang penganjuran pertama kejohanan golf Kedah International Red Tee Invitation Langkawi 2010 untuk individu di Gunung Raya Golf Resort di sini Sabtu lepas," katanya di sini hari ini.

Seramai 56 pemain wanita dari Malaysia, Korea, Singapura dan Thailand menyertai kejohanan yang julung kali diadakan itu.

Sultanah Kedah Sultanah Haminah Hamidun menjuarai kejohanan itu sekaligus meraih Piala Menteri Pelancongan.

"Kejohanan bertaraf amatur itu menawarkan hadiah menarik berupa peralatan tanpa hadiah wang tunai," kata Mansor.

Beliau berkata kejohanan anjuran Tourism Malaysia Kedah itu bertujuan menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan golf terkemuka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain