suria

Legenda Spurs Meninggal Dunia

LEGENDA Tottenham Hotspur, Bobby Smith (gambar) meninggal dunia pada usia 77 tahun akibat masalah kesihatan.

Smith menjaringkan 208 gol dalam 317 perlawanan bersama Spurs sekali gus meletakkannya di tempat kedua, dibelakang pemain paling berpengaruh Jimmy Greaves.

Dia turut mewakili Spurs ketika memenangi kejuaraan berganda pada musim 1960/61.

"Pemergian Bobby Smith adalah kehilangan besar dalam bola sepak dunia. Beliau meninggal dunia di hospital Enfield, Sabtu. Kami turut bersimpati dan takziah diucapkan kepada keluarganya," menurut petikan dalam laman web Tottenham Hotspur.

Smith memulakan karier pada usia muda di Chelsea sebelum menjadi pemain profesional pada 1950.

Pada Disember 1955, beliau berhijrah ke Spurs dan memainkan peranan penting dalam transformasi kelab yang hampir tersingkir sehinggalah bergelar juara.

Beliau menjaringkan 33 gol dalam kemenangan berganda pada final Piala FA dan Piala Europa.

Smith turut cemerlang di peringkat antarabangsa dengan meledak 13 gol dalam 15 penampilan bersama England.

Artikel Lain