Kontinjen Negara Sasar 10 Emas Pada Sukan Komanwel Dan Asia

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia menyasar untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 10 pingat emas pada dua temasya besar yang akan berlangsung hujung tahun ini iaitu Sukan Komanwel di New Delhi, India dari 3-14 Oktober dan Sukan Asia di Guangzhou, China dari 12-27 November ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong berkata kontinjen negara turut diharapkan dapat mengatasi prestasi terbaik mereka pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur iaitu 10 emas dan Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar sebanyak lapan emas.

Beliau berkata antara sukan yang dilihat berpotensi untuk menyumbangkan emas termasuk badminton, skuasy dan tenpin boling.

"Ada juga sukan-sukan yang kita tidak pasti boleh meraih emas tetapi ia tidak mustahil. Contohnya karate, pelayaran dan berbasikal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan fasa akhir Sukan Komanwel dan Sukan Asia, Ahad.

Seramai 232 atlet terlibat dalam perhimpunan selama seminggu itu yang antara lain bertujuan memupuk semangat perpaduan dan membina keyakinan diri para atlet.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan