suria

Kecederaan Messi Resahkan Barcelona

Messi diusung oleh pasukan perubatan selepas dikasari pemain pertahanan Atletico Madrid.
Messi diusung oleh pasukan perubatan selepas dikasari pemain pertahanan Atletico Madrid.
Messi diusung oleh pasukan perubatan selepas dikasari pemain pertahanan Atletico Madrid.

PENYERANG sensasi Barcelona, Lionel Messi menanggung kecederaan ligamen di buku lali kanannya selepas bertemu Atletico Madrid pada Ahad.

Begitupun Messi dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Pemain kebangsaan Argentina itu terpaksa diusung keluar selepas menerima terjahan kasar daripada Tomas Ujfalusi ketika Barcelona mencatatkan kemenangan 2-1 di Vicente Calderon.

Akibat daripada insiden itu, Ujfalusi diperintah keluar padang.

Messi akan menjalani pemeriksaan imbasan hari ini untuk mengetahui tahap kecederaan itu tetapi menurut laman web Barca, keputusan imbasan pertama mendapati Messi hanya mengalami kecederaan ligamen.

Pengurus Barca, Pep Guardiola memberitahu Messi akan menjalani lebih banyak pemeriksaan imbasan hari ini.

"Dia mengalami kecederaan tetapi doktor belum memberitahu tahap kecederaannya. Kami berharap ia hanyalah kecederaan ringan. Kami mahu dia cergas kembali. Perkara seperti ini sentiasa berlaku dalam bola sepak," kata Guardiola.

Artikel Lain