Benam Blackpool, Chelsea Terus Selesa

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Malouda menjaringkan dua gol untuk Chelsea.
Malouda menjaringkan dua gol untuk Chelsea.

CHELSEA terus gah di persada liga apabila mengekalkan kedudukan selaku pendahulu dengan kelebihan empat mata selepas menundukkan Blackpool 4-0 di Stamford Bridge, Ahad.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti itu meranapkan impian Blackpool menerusi dua jaringan daripada Florent Malouda dan masing-masing satu gol sumbangan, Salomon Kalou dan Didier Drogba.

Blackpool memperbaiki rentak permainan pada babak kedua menerusi percubaan pemain gantian Gary Taylor-Fletcher tetapi berjaya ditepis penjaga gol, Petr Cech.

Namun Ancelotti menyifatkan ujian getir pertama Chelsea musim ini adalah pertemuan dengan Manchester City pada Sabtu ini.

Kemenangan ke atas West Brom, Wigan, Stoke, West Ham dan Blackpool sudahpun meletakkan Chelsea di kedudukan selesa sebelum diuji City di Eastlands, hujung minggu ini.

"Kami beraksi dengan keyakinan yang tinggi. Kami tahu pertemuan dengan City akan menjadi lebih sukar. Namun jika kami berjaya mengatasinya, ia ujian penting.

"Arsenal bermain dengan sangat cemerlang dan menjaringkan banyak gol. Manchester City pula adalah pasukan baru yang memerlukan banyak masa untuk beraksi sebagai satu pasukan.

"Ia ujian getir untuk kami dan juga City. Kami belum menentang kelab besar tetapi akan mengekalkan persembahan terbaik kelak," tambahnya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan