Air Rifle Wanita Jadi Taruhan Pingat Di Sukan Komanwel

Diterbitkan: Sabtu, 18 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad menembak negara meletakkan harapan pada acara 'Air Rifle' wanita untuk menggondol pingat di temasya Sukan Komanwel, New Delhi pada 3 hingga 14 Okt ini.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) Mejar (B) Jasni Shaari berkata acara itu berpotensi untuk meraih pingat berikutan prestasi atlet yang baik dan konsisten.

"Atlet 'Air Rifle' wanita mempamerkan prestasi terbaik dalam kejohanan dunia yang diadakan sebelum ini dan mereka berjaya mengatasi saingan lain dari negara-negara Komanwel," katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Olimpik Malaysia di sini, Sabtu.

Selain itu, Jasni berkata acara pistol lelaki dan wanita turut dilihat berpeluang cerah membawa pulang pingat untuk negara.

Katanya skuad penembak kebangsaan akan menjalani latihan akhir di lapang sasar menembak kebangsaan Subang selama seminggu bermula Selasa ini sebelum berangkat ke New Delhi pada 1 Okt.

Jasni berkata skuad negara bakal menerima saingan sengit daripada penembak India yang mempunyai atlet bertaraf dunia.

NSAM menghantar skuad terbesar dalam sejarahnya ke Sukan Komanwel iaitu 23 penembak bagi menggalas cabaran di New Delhi.

Antara yang terlibat termasuk Nur Suryani Mohd Taibi, Shahera Rahim Raja, Bibiana Ng Pei Chin, Siti Nur Masitah Mohd Badrin, Mohd Nurrahimin Abdul Halim, Md Sharil Sahak, Mohd Hadafi Alias, Hasli Izwan Amir Hasan, Hafiz Adzhar, Joseline Cheah dan Khalil Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan