Wan Foong Harap Tersenarai Lapan Gimnas Terbaik Di New Delhi

Diterbitkan: Jumaat, 17 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet kebangsaan, Lum Wan Foong menyasarkan untuk berada dalam senarai lapan gimnas terbaik pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi yang akan berlangsung dari 3-14 Okt ini.

Lum berkata bagi kategori perseorangan lelaki, hanya lapan pemain sahaja dapat melayakkan diri ke peringkat akhir.

"Sasaran untuk berada dalam lapan pemain terbaik ini adalah kerana peluang untuk mendapat pingat agak sukar dan sebab itu saya sasarkan untuk berada antara lapan pemain terbaik ke peringkat akhir.

"Bagaimanapun saya akan membuat yang terbaik di New Delhi nanti," katanya ketika dihubungi Bernama melalui e-mail, hari ini.

Lum berkata dia akan mengambil bahagian dalam semua enam acara iaitu senam lantai, kekuda berpelana, melombol, palang sejajar, palang tunggal serta gelung yang dipertandingkan dan berharap dapat tersenarai di antara lapan gimnas terbaik di New Delhi nanti.

"Saya tidak menafikan bahawa skuad gimnas kebangsaan akan berhadapan dengan saingan kuat daripada India, Australia, Kanada, dan England.

"Saya berharap skuad kebangsaan fokus untuk memberi yang terbaik bagi pencapaian sendiri kerana ia merupakan sesuatu yang membanggakan bagi skuad gimnastik kebangsaan," katanya.

Skuad gimnastik kebangsaan kini berada di Kunming, China untuk menjalani latihan intensif yang bermula dari 6 Ogos hingga 22 Sept ini sebelum beraksi di Sukan Komanwel, New Delhi.

Lum berkata dia telah 15 tahun menyertai sukan gimnastik dan berjaya meraih banyak kemenangan dalam kejohanan dalam negara dan luar negara.

Berasal dari Taiping, Perak, dia berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan Pacific Rim Gymnastic di Australia pada 2010 dan semasa beraksi pada kejohanan Mini Olimpik pada 2008, Lum meraih tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

Sementara itu, setiausaha kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) N.Shanmugarajah berkata persekutuan itu ketika ini tidak menyasarkan sebarang pingat sehingga skuad kebangsaan pulang daripada latihan insentif di Kunming, China.

"Selepas skuad kebangsaan pulang daripada menjalani latihan di China, MGF akan meletakkan sasaran pingat ke Sukan Komanwel selepas menilai prestasi mereka di sana," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan