suria

Sivachandran Mahu Cipta Kejayaan Di Indonesia

KUALA LUMPUR: Pemain golf negara S. Sivachandran mahu mencipta kejayaan pada Asian Development Tour's Kariza Classic di Imperial Klub Golf di Jakarta dari 21 hingga 24 September ini.

Beliau yang menang Order of Merit kejohanan itu yang pertama pada Jemputan Masters Negeri Sembilan Julai lalu, berazam untuk meneruskan kejayaan tersebut.

"Saya mahu melakukan yang terbaik untuk memperbaiki ranking saya. Ia adalah matlamat saya musim ini untuk mengekalkan prestasi memberangsngkan pada kejohanan dan menduduki tiga tempat teratas," katanya, Khamis.

Beliau berkata sejak memenangi Jemputan Masters Negeri Sembilan pada 18 Julai lalu, prestasinya menurun tetapi yakin untuk bangkit kembali.

Sivachandran dijangka menerima cabaran sengit daripada Hsu Chia Jen daripada Taiwan dan rakan senegara Akhmal Tarmizee, yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga Order of Merit.

Pemain lain yang dijangka bertanding pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$60,000 (RM186,000) ialah pemain tuan rumah Rory Hie, Faiz Damit (Brunei), T.J. Kim (Korea), Mitchell Slorach (Singapura) dan Michael Tran (Vetnam)).-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

EPL: Stoke City 2 - 1 Aston Villa

Artikel Lain