suria

Flynn Pengurus Sementara Skuad Kebangsaan Wales

BRIAN Flynn dilantik secara rasmi sebagai pengurus sementara Wales untuk kempen kelayakan Euro 2012 menentang Bulgaria dan Switzerland bulan depan.

Flynn yang menggalas tugas selaku pengurus skuad bawah 21 tahun ketika ini diberi kepercayaan untuk mengambil alih peranan penting itu buat sementara waktu ekoran pemergian John Toshack.

Toshack meletak jawatan selepas kekalahan 0-1 di Montenegro pada aksi pembukaan kempen kelayakan kejuaraan Eropah itu.

Flynn akan mentadbir skuad senior menjelang pertemuan dengan Bulgaria di Stadium Cardiff City, 8 Oktober sebelum berkunjung ke Basle menentang Switzerland, empat hari kemudian.

Kakitangan sokongan skuad bawah 21 beliau, David Williams dan Alan Curtis akan membantunya membuat persiapan bagi pasukan senior di samping khidmat, Paul Jones sebagai jurulatih penjaga gol untuk dua perlawanan kelayakan itu.

Ketua Eksekutif FAW, Jonathan For berkata, persekutuan bola sepak itu berasa bangga kerana Brian bersetuju untuk membantu pasukan senior Wales mempersiapkan diri bagi dua pertembungan penting.

Artikel Sebelum

Terry Kembali Beraksi

Artikel Berikut

Alonso Unggul Di Grand Prix Itali

Artikel Lain