Sukan Asia: Khairulnizam Dipilih Galas Cabaran Negara

Diterbitkan: Jumaat, 10 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelayar elit negara, Khairulnizam Mohd Afendy mengesahkan tempat untuk menggalas cabaran negara dalam kategori Laser Standard pada Sukan Asia Guangzhou 2010 di Guangdong Ocean Sports Training Centre di Shanwei, China pada November ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah memberitahu Bernama pemilihan pelayar itu berdasarkan pencapaiannya dalam beberapa kejohanan yang disertai sepanjang tahun ini.

Antara kejohanan yang disertainya ialah Laser Standard Dunia 2010 di Hayling Island, England pada 6 September, Laser Radial Dunia Remaja Dunia 2010 di Largs, Scotland dan Volvo Remaja Dunia anjuran Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2010 di Istanbul, Turki. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan