suria

Skuad Silat Negara Tekad Pertahan Tujuh Pingat Di Indonesia

KUALA LUMPUR: Skuad silat negara mahu membawa pulang tujuh pingat emas semasa bertanding pada Kejohanan Silat Dunia yang akan berlangsung di Indonesia pada Disember ini.

Jurulatih skuad silat kebangsaan, Nasri Nasir, berkata sasaran itu dibuat berdasarkan pencapaian lepas apabila skuad negara memenangi tujuh pingat emas, dua perak dan lima gangsa ketika beraksi di kejohanan sama di Kuantan pada 2007.

"Misi membawa pulang tujuh pingat emas nanti bukan satu misi mustahil kerana kita mempunyai barisan pesilat dari skuad elit yang mantap dan berpengalaman," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Nasri berkata antara pesilat negara yang dijangka mampu mempamerkan aksi cemerlang ialah Faizal Abdullah (Kelas H bawah 85kg lelaki), Mohd Fauzi Khalid (Kelas F bawah 75kg lelaki), Mohd Hafiz Mahari (Kelas A bawah 50kg lelaki) dan Emy Latip (Kelas C bawah 60kg wanita).

"Saya yakin dan kagum prestasi yang telah ditunjukkan oleh semua pesilat elit negara walaupun terpaksa berlatih ketika menjalani ibadat puasa," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain