suria

Rooney Mungkin Beraksi Di Basel

Rooney dikaitkan dengan skandal seks bersama seorang pelacur, Jennifer Thompson.
Rooney dikaitkan dengan skandal seks bersama seorang pelacur, Jennifer Thompson.
Rooney dikaitkan dengan skandal seks bersama seorang pelacur, Jennifer Thompson.

WAYNE Rooney dijangka beraksi bersama England dalam kempen kelayakan Euro 2012 di Switzerland walaupun timbul dakwaan tidak berasas mengenai kisah kehidupan peribadinya.

The News and the World dan Sunday Mirror masing-masing memaparkan berita ekslusif muka depan yang berkemungkinan besar menyebabkan dia tidak turut serta bersama rakan sepasukan ke Basel.

Bagaimanapun, Persatuan Media berkata, sumber FA memberitahu kesemua pemain England berada dalam senarai penerbangan.

Bintang Manchester United itu berada pada tahap terbaik apabila membantu England menewaskan Bulgaria 4-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B.

Beliau membantu mencipta peluang buat gandingannya di bahagian serangan, Jermain Defoe dan pemain gantian, Adam Johnson untuk membuka jaringan walaupun dia sendiri gagal menambah koleksi gol peribadinya.

Dia gagal menjaringkan gol dalam 11 perlawanan terdahulu untuk England tetapi menamatkan kemarau jaringan ketika United menewaskan West Ham 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu.

Jika Rooney tidak turun beraksi, pengurus Fabio Capello mungkin mengharapkan khidmat Carlton Cole dan Darren Bent memandangkan Peter Crouch dan Bobby Zamora masih bergelut dengan kecederaan.

Theo Walcott yang mengisi posisi sayap kanan ketika menentang Bulgaria antara pilihan lain buat Capello untuk memperkukuhkan jentera serangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain