Sukan Komanwel: Atlet Angkat Berat Kecewa Nama Tersingkir

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Atlet angkat berat kebangsaan, Firdaus Abdul Razak kecewa dengan pihak pengurusan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) yang menyingkirkan nama beliau untuk beraksi pada Sukan Komanwel di New Delhi pada 3 hingga 14 Oktober ini.

Mohd Firdaus mendakwa beliau hanya dimaklumkan mengenai penyingkiran itu menerusi panggilan telefon pada 20 Ogos lepas daripada pihak PBAM tanpa surat pemberitahuan rasmi.

"Saya telah melepasi ujian yang dibuat oleh pihak PABM dan berada pada kedudukan yang terbaik setakat ini namun secara tiba-tiba saya diberitahu melalui panggilan telefon yang menyatakan saya digugurkan dari bertanding pada temasya itu.

"Saya difahamkan telah digantikan dengan seorang atlet angkat berat lain yang tidak mengikuti ujian kelayakan yang dijalankan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang menjalani latihan di China sejak awal Ogos lepas sebagai persiapan untuk menghadapi temasya itu terpaksa pulang awal ke Malaysia setelah kecewa mendapat tahu keputusan tersebut.

Firdaus berkata beliau berharap pihak PBAM mengkaji semula keputusan tersebut.

"Saya percaya saya antara yang terbaik untuk beraksi pada temasya sukan itu setelah berjaya melepasi ujian yang dibuat dan dapat lakukan yang terbaik untuk meraih pingat emas untuk Malaysia pada kejohanan itu.

"Jika PABM tidak dapat menyelesaikan masalah ini saya akan mengambil keputusan untuk berundur dari arena sukan angkat berat ini memandangkan saya sudah banyak kali ditipu oleh PABM," katanya.

Firdaus merupakan atlet angkat berat yang paling menyerlah pada Sukan Malaysia (Sukma) dengan meraih dua pingat emas kategori 'Clean and Jerk' dan 'Snacth'. Antara atlet angkat berat lelaki yang akan ke Sukan Komanwel ialah Amirul Hamzah, Mohd Shafiq Ismail, Naharuddin Mahyudin, Mohd Ferul Talib, Mohd Hafifi Mansur, Zulkifli Mansur dan Abdul Azim Najmi Rashid.

Atlet angkat berat wanita pula adalah Zehra Zakaria, Nurul Farha Yusuf dan Rehan Yusof. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan