suria

Robinho Lengkapkan Perpindahan Ke San Siro

Robinho bertemu media selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Gallarate dekat Milan, Itali pada Selasa.
Robinho bertemu media selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Gallarate dekat Milan, Itali pada Selasa.
Robinho bertemu media selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Gallarate dekat Milan, Itali pada Selasa.

AC Milan melengkapkan perpindahan penyerang Manchester City, Robinho pada saat-saat akhir dalam usaha untuk membantu The Rossoneri menjulang trofi Serie A musim ini.

"Robinho menandatangani kontrak selama empat tahun," kata Milan dalam satu kenyataan tanpa mendedahkan nilai perpindahan itu.

Milan juga membawa masuk penyerang Barcelona, Zlatan Ibrahimovic minggu lalu manakala Marco Borriello menyertai Roma sebelum pintu perpindahan pemain ditutup.

"AC Milan mengumumkan bahawa Marco Borriello menyertai AS Roma secara pinjaman," menurut kenyataan yang dikeluarkan kelab itu buat kali kedua.

Penyerang Belanda, Klaas-Jan Huntelaar terlebih dahulu meninggalkan San Siro untuk menyarung jersi Schalke 04.

Milan sekadar mendiamkan diam ketika pasaran perpindahan pemain baru dibuka sebelum mendapatkan khidmat bekas penyerang Inter Milan, Ibrahimovic secara pinjaman dan menandatangani kontrak dengan Robinho.

Robinho, 26, menyertai City dari Real Madrid pada 2008 tetapi gagal memberi impak besar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Dia pernah dipinjamkan ke kelab lamanya, Santos pada musim lalu.

"Saya mahu mencipta sejarah dengan kelab saya. Saya juga akan memberikan kegembiraan kepada peminat," kata Robinho.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain