Rakyat Malaysia Dakwa DiTindas Penganjur Sukan Komanwel

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang wartawan kanan Malaysia yang diambil bertugas oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Komanwel India mendakwa jawatankuasa itu mengamalkan pentadbiran bersifat perkauman dan menindas secara keterlaluan, lapor akhbar Hindustan Times, Rabu.

Lima rakyat Malaysia diambil bertugas oleh jawatankuasa itu dengan memegang pelbagai jawatan -- daripada pegawai media hinggalah kepada pengurus venue, tetapi seorang daripada mereka telah meletak jawatan bulan lepas.

Dalam rencana bertajuk "Now, Racism Charges Hits Games OC", akhbar itu memetik bekas pengarang sukan akhbar Malay Mail Tony Mariadass sebagai berkata pegawai India memberi layanan buruk kepada rakyat Malaysia, tetapi warga Australia, England dan New Zealand ditatang dengan penuh kemewahan.

"Saya berasa malu berada di sini sebagai rakyat Malaysia. Pangsapuri mereka (pegawai dari negara lain) kira-kira lima atau enam kali lebih besar daripada rumah pangsa yang disediakan untuk saya.

"Pegawai kulit putih mendapat pangsapuri lebih besar, sesetengahnya dengan empat bilik! Keadaan bekerja amat teruk dan sebagai rakyat Malaysia, kami langsung tidak dihormati," kata Tony dalam e-mel kepada pegawai tertinggi jawatankuasa itu, yang diperoleh Hindustan Times.

Akhbar itu mendakwa rakyat Malaysia ditempatkan di pangsapuri serba kekurangan, tetapi pegawai asing lain disediakan rumah serba mewah.

Bagaimanapun, setiausaha agung jawatankuasa itu Lalit Bhanot menyangkal dakwaan tersebut dan berkata pihaknya tidak bersikap perkauman.

"Kini pelbagai cerita tersebar melalui media, dengan setiap orang ada versi masing-masing. Sebenarnya, tidak wujud sebarang sikap perkauman," katanya seperti yang dipetik akhbar berkenan.

Tony, yang bertanggungjawab bagi operasi media, juga mendakwa dia dimaki hamun pegawai atasannya.

"Dia suruh saya pulang ke Malaysia dan menghina saya dengan berkata saya seorang tua bangka yang hanya duduk bergoyang kaki. Saya tak boleh tahan dengan penderaan ini kerana saya diambil bertugas di sini berdasarkan pengalaman saya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan