Program Insentif Atlet Sekolah Diperkukuh - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 31 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program pemberian insentif bagi atlet pelapis yang masih bersekolah akan diperkukuhkan lagi bagi terus memberi galakan kepada mereka mencipta kejayaan dalam bidang sukan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata insentif tersebut tidak akan diberikan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya dalam bentuk lain seperti kredit penuh dalam mata pelajaran kokurikulum sekiranya pelajar terbabit menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa.

"Insentif tersebut diharap dapat memberi dorongan dan semangat untuk mereka terus berjaya dan juga supaya mereka tidak menganggap penglibatan dalam sukan adalah sesuatu yang membazir," katanya selepas menghadiri majlis meraikan kejayaan kontinjen Malaysia pada Sukan Sekolah-Sekolah Asean Kedua (ASG) 2010 di Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini, Jumaat.

Pada majlis itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, menyampaikan sumbangan berupa komputer riba kepada atlet yang telah memenangi pingat pada kejohanan tersebut.

Antara yang diraikan termasuk Raja Pecut ASG Ambrose Jilom, pemenang enam pingat emas gimrama Elaine Koon, pasukan badminton, skuad hoki lelaki dan pasukan bola jaring yang telah meraih emas untuk negara.

Malaysia muncul johan keseluruhan kejohanan itu yang telah diadakan pada 15 hingga 18 Julai lalu dengan pungutan 45 pingat emas.

Muhyiddin berkata pihaknya dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula program insentif itu secara lebih terperinci termasuk langkah pembaikan yang boleh dijalankan.

"Insentif ini juga merupakan suatu isyarat buat atlet iaitu jika mereka cemerlang dan mewakili negara di peringkat antarabangsa, pelbagai dorongan akan diberikan oleh kementerian," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata langkah untuk pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan yang akan bermula tahun depan kini sedang giat dijalankan.

"Antaranya penstrukturan semula bahagian sukan di semua peringkat, penyediaan dan penambahan guru sukan, menjalinkan kerjasama dengan pemimpin sukan daerah dan negeri serta penambahan, pembaikkan infrastruktur," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan