Nicol Mara Ke Separuh Akhir Masters Singapura

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Masters Singapura selepas menewaskan pemain Australia Kasey Brown malam Khamis.

Beliau yang merupakan pilihan utama kejohanan, menewaskan Brown dengan 11-7, 11-5 dan 11-6 dalam pertandingan yang diadakan di Pusat Skuasy Kallang di sini.

Menurut laman web rasmi skuasy www.squashsite.co.uk, Nicol bakal berdepan pemain Ireland, Madeline Perry malam ini.

Perry menewaskan Annie Au dari Hong Kong dengan 9-11, 12-10, 11-9 dan 11-4 bagi menempah tiket ke separuh akhir.

Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan pemain England Alison Waters menentang Rachael Grinham dari Australia.

KEPUTUSAN: --------- (Nota: [ ] pemain pilihan dalam kurungan) [1] Nicol Ann David (MAS) mn [7] Kasey Brown (AUS) 11-7, 11-5, 11-6; [6] Madeline Perry (IRL) mn Annie Au (HKG) 9-11, 12-10, 11-9, 11-4; [3] Alison Waters (ENG) mn [8] Camille Serme (FRA) 12-10, 3-11, 11-9, 11-6; [2] Rachael Grinham (AUS) mn [5] Natalie Grainger (USA) 11-5, 11-3, 11-7.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan