suria

Selangor Tambah Mata Perkemas Kedudukan Di Takhta Liga Super

KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Super, Selangor terus memperkemaskan kedudukan di tangga teratas setelah menang tipis ke atas T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam Rabu. Pelawat yang berjersi kuning membuka jaringan seawal separuh masa pertama menerusi Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-39.

Tuan rumah kemudiannnya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua oleh Shamsul Kamal Muhamad pada minit ke-63.

Selang enam minit kemudian, Selangor terus memperkemaskan rentak perlawanan apabila Rudie Ramli menjaringkan gol kedua pasukan itu.

Dengan kemenangan tersebut, Selangor kini mengumpul 60 mata iaitu lima mata di hadapan pencabar utamanya Kelantan yang turut sama mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas KL Plus di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV.

Gol kemenangan bagi Kelantan disumbangkan oleh Azizi Matt Ros pada minit ke-15, Indra Putra Mahyudin pada minit ke-56, Akmal Rizal Ahmad Rakli pada minit ke-62 dan Mohd Nur Farhan Muhd, minit ke-86. Gol tunggal KL Plus muncul pada minit ke-67 oleh Rusydee Samsudin.

Kedah pula membelasah Pahang 3-0 di Stadium Darul Aman.

Di Stadium Batu Kawan, Negeri Sembilan membenam tuan rumah, Pulau Pinang dengan jaringan 3-0, manakala Johor FC menang besar kepada Johor dengan jaringan 5-0 Kuala Lumpur pula mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh. - BERNAMA

Artikel Lain