Kajian Bola Sepak Miliki Stadium Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kajian akan dibuat bagi kemungkinan membina stadium khusus untuk bola sepak seperti yang diamalkan di negara maju, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos penyelenggaraan sesebuah stadium tetapi juga bagi membiasakan pemain dengan konsep padang bola sepak sebenar yang tidak berkongsi dengan pelbagai acara sukan lain.

“Ini adalah antara kajian yang diambil kira oleh kementerian dalam agenda pembangunan sukan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesepuluh," katanya pemberita selepas merasmikan Karnival Red Wariors di sini malam Isnin.

Pada majlis itu beliau turut menandatangani sijil Malaysia Book of Records kerana kejayaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memperkenalkan produk sendiri berkaitan sukan bola sepak.

Selain itu, Ahmad Shabery berkata, kerajaan juga bercadang mewujudkan akademi bola sepak di setiap daerah untuk melatih generasi muda dalam sukan berkenaan.

“Setakat ini kita telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara, yang melibatkan pihak berkaitan seperti Kementerian Pelajaran, FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan media,“ katanya.

Katanya, kerajaan memerlukan RM50 juta setahun untuk mengendalikan program akademi berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan